backgorund

Pengikut

Jom Tekan-Tekan Cik Pari Comel Page ^_^

Jom Add Cik Pari - Pari Comel nye Facebook ^_^

Rabu, 27 April 2011

Pertemuan Pertama ^_^

Pertemuan Pertama tanpa atau ada sempadan ^_^



Bila dapat je mesej "JOM FIRST DATE DENGAN SAYA" sure ramai antara kaum perempuan dan lelaki begitu teruja benar ^_^.. almaklumlah ada sesetengah pihak ambil kisah dan ada sesetengahnya tidak mempedulikannya.. macam - macam yang akan difikirkan --> baju kaler ape? -->nak suai padan dengan warna apa --> kat mana lah tempat yg paling romantik --> macamanalah rupa dia kan---> bla..bla..bla..!!

" STOP THINK ALL THIS"

wow!! bukannya apa. kesemua diatas tiada kaitan pun. jadilah diri kita sendiri, dan bukan orang lain!! 
lagipun kalau kita jadi orang lain.. setahun dua boleh cover lagi!! dah masuk tahun ketiga jelas nyata dan terang lagi kesemua perangai buruk kita, biarlah mengetahui dari mula lagi..kan senang!!

Tip's Paling Hot yang boleh dikongsikan for 1st Date 
v
v
v

tip 1

 Jangan asyik bercerita tentang diri sendiri saja. Sepatutnya first date digunakan lebih saling mengenali antara satu sama lain. Gunakan peluang yang ada untuk lebih mengenali si dia.

tip 2

Pastikan telefon anda di 'silent' kan untuk tidak mengganggu date anda. Jika selama seminggu itu anda busy terima panggilan call tak habis-habis seolah-olah anda operator bergerak, tidak bolehkah sehari itu saja anda silentkan telefon anda hanya untuk kebaikan diri anda sendiri? Relax dan enjoy date anda.

tip 3

Jangan sesekali mengambil mudah first date anda! Ini kerana first date akan memberi first impression si dia terhadap diri anda. Jika anda ingin membuat si dia rasa andalah yang terbaik dan ingin buat si dia merasa istimewa, gunakan first date anda dengan sebaiknya.


tip 4


Pastikan anda memberikan penampilan yang terbaik dengan memilih pakaian yang terbaik. Tetapi fikir ke mana anda akan pergi untuk first date anda. Kalau anda akan menghabiskan first date anda dengan pergi ke tepi pantai yang panas tetapi anda memakai sweater tebal kesukaan anda semata-mata nak nampak cool, tak panas ke???


tip 5

Jaga percakapan anda. Jika sebelum ini anda kuat mencarut, cuba tahan carutan itu dan jangan memalukan diri sendiri dengan perkataan-perkataan yang kurang matang. Kalau tak tahan, hisap je lolipop. 

tip 6

Jangan bercerita tentang kisah anda bercouple pada masa lalu. Bukan tidak boleh berkongsi cerita mengenai kenangan lepas anda, tetapi bukan masa yang sesuai untuk first date.

tip 7

Paling penting pastikan anda sentiasa memberikan 'eye contact' ketika dia sedang bercakap apatah lagi memberikan perhatian ketika si dia bercakap. Jangan buat si dia seolah-olah orang gila yang bercakap berseorangan...



p/s: kesemua diatas ni adalah berdasarkan pengalaman, jadilah diri sendiri dan bukan meniru gaya orang lain..pompuan tak suka lelaki yang kedekut!! so take note!!


" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

Tiada ulasan: