backgorund

Pengikut

Jom Tekan-Tekan Cik Pari Comel Page ^_^

Jom Add Cik Pari - Pari Comel nye Facebook ^_^

Khamis, 21 April 2011

Anggapan cinta tiada penumpuan

mengapa tajuk ini yang dipilih..amat sesuai bagi pasangan yang baru membina perhubungan dan sebagainya, mencintai dan menyayangi seseorang amat mudah tapi jangan sampai terlalu berharap. itu adalah salah satu perkara yang salah..dan kelak kita boleh merana kerana sikap itu yang kita ambil.. mencari pasangan yang serasi amatlah sukar, kerana saya cerita berdasarkan pengalaman yang saya hadapi.. setiap manusia diciptakan oleh allah berdasarkan akal dan fikiran.. dan kita sebagai manusia sepatut mengambil langkah yang bijak untuk menentukan yang mana baik dan buruk.. 

pernah suatu ketika dahulu,seorang sahabat bertemu dengan pasangan yang amat serasi.. akan tetapi die mula menjauh diri.. bila masing2 menjauh diri mulalah sibuk mencari!!.. alhamdulillah..prinsip yang ada dalam hati haruslah dikekalkan dihati.. kelak binasa diri.. mencari pasangan bukanlah senang seperti memilih baju di pasaraya.. amat payah!! bukan dikatakan cerewet tapi itu lumrah.. 

jangan mencari pasangan hanya menumpukan die sahajalah kekasih hati kesayangan kita.. itu dah dinamakan terlalu berharap.ubah konsep tersebut agar kelak tidak terlalu kecewa.. jika ingin mencari pasangan gunakan konsep seperti tips yang saya syorkan..

1. sebagai teman tapi mesra
agar senang berkomunikasi, dan tanpa ada rahsia diantara satu sama lain..dan saling melakukan aktiviti bersama seperti bersukan, dan sebagainya

2. sebagai teman susah dan senang
sanggup bersusah senang bersama-sama kita. kesilapan yang dilakukan dalam pasangan ini.. susah senang bukan bermaksud dengan sewenang2 nye kite memberi pertolongan dari segi kewangan.. sertakan bukti yang kukuh agar tidak disalah gunakan duit itu nanti...

3. sebagai saudara/abang/kakak/ keluarga 
disamping itu, pasngan kita nanti boleh dijadikan REMINDER setiap perbuatan yang dilakukan.. kadang2 ada yang memahami erti seperti konsep diatas, dan ada yang tidak memahami.. bukan bermaksud menganggap pasangan seperti abang/kakak dan keluarga membuatkan diri seolah2 berada disituasi yg dihadapi.. ia sekadar pendekatan konsep.. yg tidak sama tapi boleh diguna pakai..disamping itu pendekatan ini digunakan oleh pasngan sebagai pelindung kite dikemudian hari...

4. sebagai teman beribadah
ini yang paling penting, kerana pasangan kita lah akn membimbing satu sama lain disatu saat bila  kalian hidup bersama nanti.. 

5. sebagai tulang belakang kita
ini kerana kita boleh berkongsi pendapat bersama, dan saling memainkan peranan antara satu sama lain.. setiap keputusan diambil akan dirujuk pendapat bersama terlebih dahulu.. senangkan!!

6. sebagai pasangan dihati.
ini dah memang lumrah takdinafikan.. pasangan ini sentiasa berada dihati, akan tetapi jangan lah terlalu taksub dengan berharap 100% kepada pasangan.. rindu,kasih dan cinta kan pasangan haruslah berpada.. dan sentiasa mempunyai satu ketetapan dalam hati..

tips yang diberikan memang nampak mudah tapi nak melakukan amat susah!saya berkongsi tips nie berdasarkan pengalaman orang sekeliling saya.. saya bukan bertumpu pada diri saya seorang akan tetapi sahabat-sahabat yang ada dengan saya. gunakan sebaik mungkin.. dan jangan terlalu berharap yang pasangan kita milik kita 100% kerana semuanya hanya milik allah s.w.t

p/s: saling bertolak ansur itu yang amat penting, sentiasa berdoa pada allah untuk mohon ketetapan hati..

1 ulasan:

Farhana Jafri berkata...

bnda ni dua2 kne wt.. klau sorg je yg apply mmng xjlan.. anyway, thanks sharing the tips..

jemput singgah ANASAURUS :)