backgorund

Pengikut

Jom Tekan-Tekan Cik Pari Comel Page ^_^

Jom Add Cik Pari - Pari Comel nye Facebook ^_^

Sabtu, 30 April 2011

hey!! kamu curang ye???

Awak, kenapa awak curang dengan kita?? sia-sia kita bersama jika hati awak ada orang lain!!

curang!!! ermm susah nak digambarkan betapa kecewa hati bila mengetahui orang yang kita sayang menduakan kita, bukan kehendak kita jika begini kesudahannya our relationship. semua atas ketentuan ilahi dan allah s.w.t dia yang menentukan siapa jodoh kita sebenarnya. tapi renungkanlag sejenak, hubungan yang telah lama terjalin terputus ditengah jalan. sure sedih sampai frust menonggeng!!

mengapa harus terjadi???


  • Bosan melalui dan melihat benda yang sama
  • tidak mendapat perhatian sepenuhnya
  • tidak 100% menyintai pasangan 
  • memandang kecantikan luaran dan bukan dalaman
  • lumrah kehidupan seseorang.

jika ada salah satu jawapan diatas adalah penyebab CURANG. mungkin kita perlukan perubahan.. samada dari segi tingkah laku dan sebagainya.. pengalaman masa lalu boleh membantu diri kita. motivasikan diri. tidak salah kita mencantikkan diri untuk pasangan kita. semuanya dari hati kita. bukan atas dasar paksaan.. tapi seandainya curang hanya kerana melihat kecantikan seseorang, baik angkat kaki terus pergi darinya!!

memikir hubungan yang telah terjalin terlalu lama, tapi terputus di tengah jalan, sedihh.. cuma kita hanya mampu redha. tidakkah terfikir betapa besar pengorbanan orang yang kita sayang. pernahkah sebelum ingin melakukan curang itu memikir si dia yang bertungkus-lumus bersama kita dalam keadaan susah senang.. renungkanlah sejenak!!



Mengesan Si PENCURANG

1
hp silent, dengan alasan tidak mahu gangguan, tapi takut ada skandal or kekasih gelap call

2
mengawal pergerakkan kita dan marah tanpa usul periksa, mungkin si dia telalu takut seandainya 
pasangannya melakukan perkara yang sama apa yang dia lakukan

3
kerap ke toilet, hmm boleh dirujuk mungkin dia call kekasih gelapnya

4
membiarkan bunyi telefon, dan bertalu-talu mesej masuk

5
tersasul dari segi percakapan dan sebagainya

6
suka mencari salah pasangan, marah tanpa sebab

mungkin berguna tip's yang diberi. tapi tidak semuanya benar 100%, ini berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh penulis. tapi bila kita mengetahui yang pasangan kita curang, jangan cepat melatah, sebaiknya berbincang dan mencari punca yang terjadinya kecurangan dalam hubungan.. gunakan akal untuk berfikir secara waras, gunakan hati untuk menilai..^_^


" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

Rabu, 27 April 2011

Pertemuan Pertama ^_^

Pertemuan Pertama tanpa atau ada sempadan ^_^



Bila dapat je mesej "JOM FIRST DATE DENGAN SAYA" sure ramai antara kaum perempuan dan lelaki begitu teruja benar ^_^.. almaklumlah ada sesetengah pihak ambil kisah dan ada sesetengahnya tidak mempedulikannya.. macam - macam yang akan difikirkan --> baju kaler ape? -->nak suai padan dengan warna apa --> kat mana lah tempat yg paling romantik --> macamanalah rupa dia kan---> bla..bla..bla..!!

" STOP THINK ALL THIS"

wow!! bukannya apa. kesemua diatas tiada kaitan pun. jadilah diri kita sendiri, dan bukan orang lain!! 
lagipun kalau kita jadi orang lain.. setahun dua boleh cover lagi!! dah masuk tahun ketiga jelas nyata dan terang lagi kesemua perangai buruk kita, biarlah mengetahui dari mula lagi..kan senang!!

Tip's Paling Hot yang boleh dikongsikan for 1st Date 
v
v
v

tip 1

 Jangan asyik bercerita tentang diri sendiri saja. Sepatutnya first date digunakan lebih saling mengenali antara satu sama lain. Gunakan peluang yang ada untuk lebih mengenali si dia.

tip 2

Pastikan telefon anda di 'silent' kan untuk tidak mengganggu date anda. Jika selama seminggu itu anda busy terima panggilan call tak habis-habis seolah-olah anda operator bergerak, tidak bolehkah sehari itu saja anda silentkan telefon anda hanya untuk kebaikan diri anda sendiri? Relax dan enjoy date anda.

tip 3

Jangan sesekali mengambil mudah first date anda! Ini kerana first date akan memberi first impression si dia terhadap diri anda. Jika anda ingin membuat si dia rasa andalah yang terbaik dan ingin buat si dia merasa istimewa, gunakan first date anda dengan sebaiknya.


tip 4


Pastikan anda memberikan penampilan yang terbaik dengan memilih pakaian yang terbaik. Tetapi fikir ke mana anda akan pergi untuk first date anda. Kalau anda akan menghabiskan first date anda dengan pergi ke tepi pantai yang panas tetapi anda memakai sweater tebal kesukaan anda semata-mata nak nampak cool, tak panas ke???


tip 5

Jaga percakapan anda. Jika sebelum ini anda kuat mencarut, cuba tahan carutan itu dan jangan memalukan diri sendiri dengan perkataan-perkataan yang kurang matang. Kalau tak tahan, hisap je lolipop. 

tip 6

Jangan bercerita tentang kisah anda bercouple pada masa lalu. Bukan tidak boleh berkongsi cerita mengenai kenangan lepas anda, tetapi bukan masa yang sesuai untuk first date.

tip 7

Paling penting pastikan anda sentiasa memberikan 'eye contact' ketika dia sedang bercakap apatah lagi memberikan perhatian ketika si dia bercakap. Jangan buat si dia seolah-olah orang gila yang bercakap berseorangan...



p/s: kesemua diatas ni adalah berdasarkan pengalaman, jadilah diri sendiri dan bukan meniru gaya orang lain..pompuan tak suka lelaki yang kedekut!! so take note!!


" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

Ahad, 24 April 2011

60 Blogger Dicari


" 1st time nak menyibukkan dan memalukan diri nie"
Klik Sini ----> Bicara Kata Cinta

" Kenapa Nak sibuk-sibuk Join Contest nie"
Haish!! manyak tanya plak, of coz lah nak pomote blog sendiri yang banyak cite tentang CINTA
and nak masuk listing bloggerwati..^_^

" Apa yang dimaksudkan dengan Bicara kata Cinta"
of coz lah ALL ABOUT LOVE, takkan ALL ABOUT EAT kot hikhikhikhik
Perkataan CINTA tue Buat allergic nak dengar oleh sume termasuk Cik Pari Comel sendiri...

p/s: Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Cinta hikhikhikhik

" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

Kisah Hati

Seandainya cinta tidak dapat dimiliki, maka berdoalah dalam hati itu yang terbaik untuk diri, muhasabah diri, jangan lukakan diri sendiri. sentiasa peka kepada hati.. belajar menerima sesuatu yang mungkin bukan akan menjadi milik kita..



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

Selamat Pagi Cinta

Selamat Pagi Cinta ^_^






Semarakkan rasa cinta anda terhadap pasangan dengan mulai semarakkan hati untuk rasa cinta kepada allah s.w.t itu yang penting. Bila dah masuk tahun ke 2 - 3 dalam alam percintaan, sure akan rasa hambar.. why not kembalikan rasa cinta paling manis seperti masa mula-mula kenal dahulu dengan pasangan anda..insyallah cuba yang terbaik.. 



  • Bila Bangun je apakata hantar voicesms kepada pasangan anda berbaur sayang, sure akan senyum dan sentiasa akan mengingatinya dan meminta anda melakukan setiap pagi ( mungkin)

  • Hantar sms ringkas "madah-madah indah" kepada pasangan anda

  • Cuba buat kejutan padanya datang seawal mungkin ke rumahnya mengajak untuk melakukan aktiviti senaman bersama, melakukan aktiviti kegemaran bersama.

  • sesekali tak salah kita merengek manja sambil menyuap pasangan ketika sarapan pagi. ( mungkin boleh diterima )

  • cuba buatkan makanan kegemarannya dan berikan kepadanya.. sure akan terharu..^_^

tip's diatas nie hanya sekadar renungan, mungkin ada yang lagi baik.. tapi sekadar pengkongsian..


" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

10 Sikap Lelaki Yang perlu diketahui Umum Khususnya Wanita

Bercinta memang indah jika kita tidak mengetahui tentang pasangan kita.. luangkan masa sebentar untuk menilai tentang pasangan kita..



10 Sikap Lelaki Yang perlu diketahui umum khususnya WANITA!!

1.
lelaki suka diberi perhatian oleh wanita ttp tidak sebaliknya(80%)
2.
sepanjang percakapan @ perbualan,tempoh beliau berkata benar ialah 30% yg pertama
3.
lelaki yg sebaiknya(jujur & berhemah)ialah lelaki yg berambut curly bukan lurus hitam
4.
jika lelaki berkata benar pd teman nya ialah jika ia memandang pd mulut pasangan,ttp jika memandang pd temp2 lain adalah pndgn nafsu
5.
jika ia kuat memegang sesuatu dihadapan pasangan tandanya ia x beri perhatian pd pasangnya..mungkin ada kakasih baruuuu
6.
lelaki yg merokok...anda x bernasib baik kerana byk akan mengemas rumah n anak2..
7.
lelaki x merokok anda harus menjadi queen control..jika x..
8.
lelaki x suka pasangannya mengajarnya dgn berkata byk tp dgn perbuatan...
9.
jika lelaki itu x suka ke pasar..tandanya ego dlm diri amat tinggi n byk bsabar
10.
lelaki ini mudah diramal..senang utk difahami cuma pasangan yg x pernah ambil berat ttg lelaki



" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

Melupakan Cinta lama yang bersarang dihati

Sukarnya ingin melupakan si DIA....

Cinta Pertama agak sukar tuk dilupakan, agak sukar tuk dikuburkan kerana ia tertanam dalam fikiran dan kotak hati. cuma ia bergantung pada diri seseorang itu. cinta di pertengahan jalan tidak bermakna akan berakhirnya kehidupan.. sentiasa muhasabah diri, dan dekat kan diri kepada allah s.w.t (^_^)



Tips Melupakan si DIA yang bersarang dihati

1.
cari satu sukan kegemaran.. go for it
2.
inilah masa utk kembali dengan ahli keluarga,pujuk hati untuk bina lebih kasih sayang
3.
berhubung dengan kawan2 yg terdekat..cari kembali kwn2 lama n cuba bkomunikasi
4.
mencari hiburan,kalau boleh paksa diri tgk wayang,ajak kwn,kluar dgn kwn2..
5.
jgn byk masa indoor @ dlm umah..sbb ia boleh mengkhayalkan pengalaman lalu..jd cari byk masa diluar..
6.
hati2 dgn perubahan anda..jika terasa lebih kembali ke breakeven point...so kdg kala kena muhasabah diri @ munasarawak diri..
7.
kembali ke tujuan utk bangunkan diri...mungkin pluang utk kumpulkn duit/wang
8.
ada masa akan jd terlalu rindu pd sesuatu yg mesra ketika bsama..jd..pabila terlinta kenangan lalu...STOP minda anda & ingatkan sesuatu perkara yg ingin dilakukan akan dtg
9.
wahh!! rasenya mungkin orang tersebut sudah dapat melupakanya..



" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

Sabtu, 23 April 2011

p/s : I Love You


P/s : I Love You Sayang

Seringkali kita melihat ungkapan sebegini dimana-mana sahaja. bahagiakan bila seseorang tahu menghargai ungkapan AKU CINTA PADAMU.. pedih rasanya hati bila ungkapan AKU CINTA PADAMU hanya dibibir tapi bukan dari hati.. Sehingga ke harini ada segelintir lelaki mahupun wanita menyalah gunakan perkataan tersebut persoalannya adakah ia digunakan hanya taktik untuk meyakinkan atau memikat, bukannya apa kadang-kadang bila difikirkan ungkapan tersebut seolah memberi harapan kepada seseorang walaupun hanya dibibir.. acapkali dilakukan oleh pihak lelaki yang menungkap AKU CINTA PADAMU tapi hanya dibibir sahaja, berlainan pula dihati.. adakah itu konsep nk diguna pakai untuk menjaga hati. ermm!!

cuba renungkan kembali seandainya perkataan tersebut dipalsukan. renungkan baik buruknya pula seandainya bukan datang dari hati sendiri tapi hanya dibibir, bukanke memberi harapan..
allah menciptakan akal dan fikiran untuk membezakan baik dan buruk..akan tetapi sekarang dan masa kini perkataan tersebut dianggap main-main. sampai bila ini harus terjadi.. tidakkah kalian berfikir ia akan melukakan hati seseorang seandainya mendapat tahu hal yang sebenar..

Tip's 1

Jangan sesekali mengungkapkan perkataan AKU CINTA PADAMU jika bukan dari hati yang sebenar, nescaya akan mengakibatkan dilabel PENIPU!! dan hanya manis dibibir.. ubah tanggapan tersebut

Tip's 2

Jangan sesekali menghantar isyarat AKU CINTA PADAMU, AKU RINDU PADAMU jika tidakmengetahui maksud tersebut, ia seolah-olah memberi harapan..
walhal hanya untuk diguna pakai kerana nak pikat seseorang.. fikir akibat akan datang

p/s: kita seharusnya fikir dan mendalami ungkapan tersebut dan setelah yakin dengan hati sendiri, barulah kita berani mengungkapkannya tanpa was-was!!

" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

Jumaat, 22 April 2011

Cinta Tiga Segi Bahagia atau sebaliknya...





Aku cintakan KAU dan Dia untuk selamanya!!


itulah ungkapan yang paling perit untuk dihadapi bagi kaum hawa dan wanita, berdasarkan pengalaman yang ada. cinta 3 segi ini amat susah diterima oleh segelintir pihak. kerana baginya adalah cinta nan satu yang kekal dihati, dan bukan untuk dibahagi dua.^_^ cinta tiga segi ini menyifatkan bila seseorang itu yang hatinya terbahagi kepada dua wanita atau dua lelaki.. persoalan yang ada.. adakah cinta tiga ini akan berakhir dengan kegembiraan atau kedukaan!! sebolehnya elakkan dari terjerumus ke dalam perangkap CINTA tiga segi..


Tip's Menghindari Perangkap
Cinta Tiga Segi
v
v
v
Jangan menjadi Absent Lover
"kadang-kadang kita harus akur pada tuntutan hidup dan komitmen yang
lebih mendesak daripada hubungan cinta, Percintaan jarak jauh tidak
digalakkan,apatah lagi meninggalkan si dia terkontang kanting
lama tanpa sebarang berita, ini menyebabkan si dia akan mencari
seseorang buat mengisi sunyi dan sepi..."
v
v
v
Jangan Menjadi Part Time Lover
"Ini juga satu aktiviti kokurikulum sangan keji, apa yang kekasih hati 
tidak mampu beri kita beralih kepada cinta fantasi, cinta ini kerja
sepenuh masa tapi tidak bergaji, tiada pula namanya cinta separuh
masa dan susah pula untuk menuntut elaun tambahan.."
v
v
v
Hindari melayan SMS bersifat Peribadi
"Perangkap cinta tiga segi boleh dielakkan jika anda memeriksa apakah 
si dia membalas panggilan dan sms anda pada waktu tertentu, sedang enak
berdating dengan anda, tiba-tiba wajahnya berubah tatkala melihat
skrin telefonnya berbunyi, boleh jadi dia menerima sms dari anak kucingnya
yang tercekik apam balik, atau menerima sms dari isterinya,skandalnya.."
v
v
v
Ramah Bukan Miang
" Jangan menjawab sms/panggilan miang merenyam di laman sosial maya, strictly 
jangan beri apa-apa harapan harapan. be a nice person, terlebih ramah itu parah.."
v
v
v
Berwaspada kenalan maya
" jangan mudah terpedaya dengan kenalan maya yang belum tentu kita mengetahui
dan mengenalinya.. tengok status masih bujang tapi anak dah berderet.
selidik dulu dari rakan-rakan yang rapat dengannya agar tidak tertipu".."


p/s: Cinta tiga segi ini, ada tiga hati perlu dijaga dan perlu 
berhadapan dengan risiko yang dihadapi..


" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

Khamis, 21 April 2011

9 sebab hubungan terputus di tengah jalan


Tips ini mungkin berguna dan dijadikan panduan untuk mengekalkan kebahagian dalam satu hubungan. 



1. Menipu 
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

nak tahu lebih lanjut leh jenjalan kat blog cinte ni hehehe---> TENTANG CINTA


" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

status terkini (^_^)



status SINGLE, IN RELATIONSHIP, MARRIED, WIDOWED dan sebagainya..


status diatas juga mencerminkan peribadi diri yang sebenar.. kadang-kadang kebanyakkan mereka menyembunyikan status sebenar mereka kepada umum. mungkin bersebab dan mungkin tidak bersebab. Berdasarkan pengalaman, sebahagian besar kaum lelaki dan wanita adalah kebarangkalian menyembunyikan status mereka adalah bersebab nak 'test market'


bukannya apa, setiap perhubungan haruslah berlandaskan kejujuran, setiap perhubungan haruslah berlandaskan kesetiaan dan ketetapan hati seseorang. jika seseorng itu tidak mampu memberikan cinta yang sebenar tetapi hanya berkata adalah lebih baik jangan cuba2 bermain api dengan memberi pengharapan kepada seseorang. 


bila seseorang itu berada di tahap pertama menjadi sebahagian dari kehidupan pasangannya, belajar untuk menetapkan satu dihati, walaupun hakikat sebenar kite berhak berkawan dengan lelaki mahupun perempuan tetapi dengn bersyarat berlandaskan batas-batas pergaulan seandainya mempunyai pasangan dihati. kadang-kadang dilihat sebahagian sudah berpunya tetapi bila berhadapan dengan lelaki mahupun wanita yang ingin di tackle bak kate orang buat skandal katekan!!! berkata single semata2 dan belom berpunya.. itu adalah satu kesilapan terbesar dalam sesuatu hubungan dan punca perhubungan putus ditengah jalan adalah disebabkan permainan KAYU TIGA pasangan masing2 yang tidak mempunyai ketetapan hati...


dari itu belajarlah menjadi seseorang yang mempunyai ketetapan hati terhadap pasangan. itulah kunci kebahagiaan setiap hubungan. akan tetapi setiap perbuatan haruslah berfikir baik buruk terlebih dahulu.. menerima seseorang dalam hidup dan hati kita bakal menentukan statu kita yang sebenar serta mencerminkan diri dan pendirian kita yang sebenar!!.jaga lah tingkah laku serta perlakuan anda terhadap pasangan.. renung2 dan selamat beramal..




" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."(^_^)

Anggapan cinta tiada penumpuan

mengapa tajuk ini yang dipilih..amat sesuai bagi pasangan yang baru membina perhubungan dan sebagainya, mencintai dan menyayangi seseorang amat mudah tapi jangan sampai terlalu berharap. itu adalah salah satu perkara yang salah..dan kelak kita boleh merana kerana sikap itu yang kita ambil.. mencari pasangan yang serasi amatlah sukar, kerana saya cerita berdasarkan pengalaman yang saya hadapi.. setiap manusia diciptakan oleh allah berdasarkan akal dan fikiran.. dan kita sebagai manusia sepatut mengambil langkah yang bijak untuk menentukan yang mana baik dan buruk.. 

pernah suatu ketika dahulu,seorang sahabat bertemu dengan pasangan yang amat serasi.. akan tetapi die mula menjauh diri.. bila masing2 menjauh diri mulalah sibuk mencari!!.. alhamdulillah..prinsip yang ada dalam hati haruslah dikekalkan dihati.. kelak binasa diri.. mencari pasangan bukanlah senang seperti memilih baju di pasaraya.. amat payah!! bukan dikatakan cerewet tapi itu lumrah.. 

jangan mencari pasangan hanya menumpukan die sahajalah kekasih hati kesayangan kita.. itu dah dinamakan terlalu berharap.ubah konsep tersebut agar kelak tidak terlalu kecewa.. jika ingin mencari pasangan gunakan konsep seperti tips yang saya syorkan..

1. sebagai teman tapi mesra
agar senang berkomunikasi, dan tanpa ada rahsia diantara satu sama lain..dan saling melakukan aktiviti bersama seperti bersukan, dan sebagainya

2. sebagai teman susah dan senang
sanggup bersusah senang bersama-sama kita. kesilapan yang dilakukan dalam pasangan ini.. susah senang bukan bermaksud dengan sewenang2 nye kite memberi pertolongan dari segi kewangan.. sertakan bukti yang kukuh agar tidak disalah gunakan duit itu nanti...

3. sebagai saudara/abang/kakak/ keluarga 
disamping itu, pasngan kita nanti boleh dijadikan REMINDER setiap perbuatan yang dilakukan.. kadang2 ada yang memahami erti seperti konsep diatas, dan ada yang tidak memahami.. bukan bermaksud menganggap pasangan seperti abang/kakak dan keluarga membuatkan diri seolah2 berada disituasi yg dihadapi.. ia sekadar pendekatan konsep.. yg tidak sama tapi boleh diguna pakai..disamping itu pendekatan ini digunakan oleh pasngan sebagai pelindung kite dikemudian hari...

4. sebagai teman beribadah
ini yang paling penting, kerana pasangan kita lah akn membimbing satu sama lain disatu saat bila  kalian hidup bersama nanti.. 

5. sebagai tulang belakang kita
ini kerana kita boleh berkongsi pendapat bersama, dan saling memainkan peranan antara satu sama lain.. setiap keputusan diambil akan dirujuk pendapat bersama terlebih dahulu.. senangkan!!

6. sebagai pasangan dihati.
ini dah memang lumrah takdinafikan.. pasangan ini sentiasa berada dihati, akan tetapi jangan lah terlalu taksub dengan berharap 100% kepada pasangan.. rindu,kasih dan cinta kan pasangan haruslah berpada.. dan sentiasa mempunyai satu ketetapan dalam hati..

tips yang diberikan memang nampak mudah tapi nak melakukan amat susah!saya berkongsi tips nie berdasarkan pengalaman orang sekeliling saya.. saya bukan bertumpu pada diri saya seorang akan tetapi sahabat-sahabat yang ada dengan saya. gunakan sebaik mungkin.. dan jangan terlalu berharap yang pasangan kita milik kita 100% kerana semuanya hanya milik allah s.w.t

p/s: saling bertolak ansur itu yang amat penting, sentiasa berdoa pada allah untuk mohon ketetapan hati..

tips : 20 sebab bagaimana mengenali lelaki yang dilamun cinta

Pernahkah kalian melihat lelaki yang bersungguh-sungguh menyintai seorang wanita, amat susah tapi adakah tips dibawah dapat membantu dan menyatakan pasangan anda menyintai anda sepenuh hati atau sebaliknya:-
1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.
2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.
3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.
4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.
5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.
6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.
7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.
8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.
9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajinĂ‚  dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.
10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.
12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.
14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.
15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.
16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.
17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.
18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.
9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.
20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seoran perempuan.
p/s: adakah semuanya ada pada ciri-ciri pasangan anda!! wallahualam sekadar renungan bersama..

Bicara Pangeran Melangkah



kegagalan tak semestinya akan berakhir, kemenangan tak semestinya akan berada diatas, setiap yang terjadi ada hikmahnya.. perbaikilah diri sebelum memulakan satu kehidupan yang kekal hakiki. bimbinglah diri agar sentiasa mengekalkan ketetapan dihati.. bercinta memang indah..bila berakhir di pertengahan jalan memang menyakitkan.. kekuatan dalam hati diperlukan.. 


cintailah kepada allah s.w.t sebelum kite mencari cinta sejati.. kerana itu lebih afdal.. cintailah allah s.w.t seperti kite menyintai diri kita sendiri.. cinta didunia boleh dicari.. tapi cinta kepada allah s.w.t amat sukar dicari ganti.. subhanallah walhamdulillah!!


manusia memang mudah berubah hati.. manusia memang mudah berubah pendirian..hanya yang ada ketetapan dalam hati sahaja dapat menetapkan satu dihatinya... sesiapa yang tidak mengenal kemanisan takkan merasa kepahitan...


pepatah mengatakan :-


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan 
melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka


semoga kita mendapat cinta yang diingini di dunia mahupun diakhirat kelak..amin..